Gaji tak bayar, pekerja kilang iPhone India merusuh


Semalam, para pekerja merusuh di kilang Wistron Infocomm Manufacturing di pinggir Bangalore, hab IT di India. – Gambar AFP, 13 Disember, 2020.

PIHAK berkuasa berjanji akan bertindak keras terhadap pekerja yang mengamuk di sebuah kilang iPhone yang dikendalikan Taiwan di selatan India atas tuduhan eksploitasi dan gaji yang belum dibayar.

100 orang ditangkap setakat ini telah ditangkap setakat ini.

Para pekerja merusuh semalam di Wistron Infocomm Manufacturing di pinggir Bangalore, hab IT di India.

Video keganasan yang tular menunjukkan panel kaca dihancurkan dengan batang besi dan kereta diterbalikkan.

Kamera CCTV, kipas dan lampu dirobohkan, sementara sebuah kereta terbakar menurut rakaman yang dikongsi di media sosial.

Media tempatan melaporkan para pekerja berkata gaji mereka tidak dibayar sehingga empat bulan dan dipaksa bekerja lebih masa.

“Kini situasi terkawal. Kami telah membentuk pasukan khas untuk menyiasat kejadian itu,” kata polis setempat, menambah tidak ada yang cedera.

Timbalan ketua menteri negeri Karnataka, C.N. Ashwathnarayan, menyebut keganasan itu “tidak wajar” dan berkata pihaknya akan memastikan keadaan “diselesaikan dengan segera”

“Kami akan memastikan semua hak pekerja dilindungi dengan sewajarnya dan,” katanya di Twitter pada Sabtu.

Seorang pemimpin kesatuan pekerja tempatan mendakwa terdapat “eksploitasi kejam” pekerja kilang di kilang iPhone itu.

“Pemerintah negara telah mengizinkan perusahaan untuk mencabul hak asasi,” kata Satyanand, kepada akhbar The Hindu.

Tidak ada maklum balas segera dari pihak Wistron.

Menurut media tempatan, kilang itu menggaji sekitar 15,000 pekerja, walaupun majoritinya dari mereka yang dikontrak melalui firma pekerja.

Kerusuhan buruh kerap berlaku di India, dengan gaji pekerja dibayar dengan buruk dan sedikit atau tidak ada faedah jaminan sosial.

Sebilangan besar kilang pembuatan adalah daripada sektor informal, yang menggunakan 90 peratus tenaga kerja negara.

Parlimen pada September meluluskan undang-undang buruh yang diperbaharui yang dikatakan oleh kerajaan India akan menguatkan hak pekerja, tetapi aktivis buruh berkata undang-undang baharu menyukarkan pekerja untuk mogok. – AFP, 13 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen