MB Kedah tiada hati perut ugut sekat air, kata Guan Eng


Kamles Kumar

Lim Guan Eng mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu air antara Kedah dan Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Disember, 2020.

TINDAKAN Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menafikan pemberian air kepada rakyat Pulau Pinang merupakan tindakan tidak berperikemanusian, kata Lim Guan Eng.

Bekas ketua menteri itu berkata tiada ahli politik yang menafikan hak air rakyat Malaysia dan mengganggu hal berkaitan alam semula jadi.

“Tiada pemimpin Malaysia berbuat demikian sehinggalah Muhammad Sanusi mengugut untuk tidak memberi air kepada sesama rakyat Malaysia.

“Apakah tindakan Muhammad Sanusi ini tidak menentang kehendak Tuhan dengan campur tangan dalam apa yang ditentukan Tuhan dalam hal semula jadi ?,” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah kenyataan Muhammad Sanusi baru-baru ini membangkitkan kemarahan rakyat termasuk orang bukan Islam terhadap kenyataannya yang boleh mencetuskan perpecahan.

“Dasar diskriminasi Muhammad Sanursi terhadap bukan ISlam dan kenyataan berbaur perbencian terhadap golongan minoriti terutamanya orang Hindu dan India yang dikaitkan dengan perobohan sebuah kuil di Alor Setar, mencetuskan kemarahan di seluruh negara,” kata Lim.

Setiausaha Agung DAP itu juga membuat perbandingan antara pemimpin PAS termasuk bekas bos Muhammad Sanusi, arwah Azizan Abdul Razak yang merupakan bekas menteri besar Kedah.

“Azizan ada segalanya yang Muhammad Sanusia tiada, walaupun Muhammad Sanusi pernah dilantik sebagai setiausaha politik Azizan selama lima tahun ketika arwah menjadi menteri besar.

“Apa yang penting, Azizan seorang yang berkeupayaan tetapi Muhammad Sanusi tidak,” kata Lim.

Kata Lim rakyat Malaysia tidak akan percaya PAS sebagai sebuah parti yang mampu memimpin jika ada pemimpin seperti Muhammad Sanusi yang membuatkan parti itu nampak tidak berkeupayaan.

“Muhammad Sanusi mengingatkan rakyat Malaysia tentang perkara yang salah tentang PAS.

“Bukan sahaja mungkir janji tetapi juga mempamerkan bahaya PAS dalam kerajaan kepada masa depan Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Polemik air tercetus selepas Muhammad Sanusi menggesa kerajaan Pulau Pinang membayar RM50 juta kepada Kedah kerana menggunakan air dari Sungai Muda. – 13 Disember, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen