Puigdemont mahu bertemu PM di luar Sepanyol


Carles Puigdemont hari ini menawarkan diri untuk bertemu Perdana Menteri Sepanyol, Mario Rajoy untuk berbincang mengenai krisis kemerdekaan di rantau itu. Bagaimanapun, dia mahi ia dilakukan di luar Sepanyol. – Gambar EPA, 22 Disember, 2017.

PEMIMPIN Catalonia dalam buangan, Carles Puigdemont hari ini menawarkan diri untuk bertemu Perdana Menteri Sepanyol, Mario Rajoy di luar Sepanyol untuk berbincang mengenai krisis kemerdekaan di rantau itu. Ia sehari selepas pemisah memenangi majoriti parlimen dalam pilihan raya.

Puigdemont bercakap kepada pemberita di Brussels, di mana dia melarikan diri selepas parlimen wilayahnya mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol. Dia akan menghadapi dakwaan pemberontakan, hasutan dan penyalahgunaan dana jika kembali ke Catalonia.

“Saya bersedia bertemu Rajoy di Brussels atau di mana-mana lokasi lain di EU, asalkan bukan di Sepanyol, atas sebab-sebab yang jelas,” katanya.

Dia turut menuntut agar didengar oleh Kesatuan Eropah selepas pilihan raya kecil.

“Saya hanya menuntut Suruhanjaya Eropah atau insitusi Eropah lain, untuk mendengar, dengari rakyat Catalonia, bukan hanya Sepanyol,” katanya.

Undian itu dilihat meluas sebagai saat kebenaran bagi soal kemerdekaan, isu yang telah membahagikan wilayah utara, yang telah menggoncang Eropah yang sediakala tergoncang kerana Brexit.

Dengan para pemisah mengekalkan majoriti parlimen, langkah untuk mengadakan pilihan raya kecil nampaknya memakan diri Rajoy. – AFP, 22 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen