Jepun umum pakej rangsangan ekonomi tambahan bernilai AS$700 bilion


Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga berkata pakej bernilai AS$707 bilion disusun bertujuan membantu mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi akibat Covid-19. – Gambar EPA, 8 Disember, 2020.     

PERDANA Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Selasa berkata Jepun akan menyusun satu pakej rangsangan ekonomi tambahan, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Kami akan mempertahankan pekerjaan, meneruskan perniagaan, menghidupkan kembali ekonomi dan membuka jalan menuju pertumbuhan termasuk melalui teknologi hijau dan digital,” kata Suga pada mesyuarat kerajaan dan parti pemerintah.

Pakej bernilai AS$707 bilion itu disusun bertujuan untuk membantu mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi akibat Covid-19.

Kabinet dijangka meluluskan pakej rangsangan itu dalam waktu terdekat. – Bernama, 8 Disember, 2020.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen