Taliban rempuh ibu pejabat polis, enam terbunuh


Anggota keselamatan Afghanistan sedang menjaga keadaan di wilayan Maiwand, Kandahar pada 14 November lalu. Ramai polis dan tentera Afghanistan telah terkorban dek serangan berani mati oleh Taliban di wilayan itu, yang menurut Taliban sebagai usaha untuk menjatuhkan moral pihak berkuasa, selain mencuri peralatan keselamatan bagi meneruskan agenda 16 tahun militan itu. – AFP, 22 Disember, 2017.

SEORANG pengebom berani mati hari ini merempuh ibu pejabat balai polis dengan kenderaan pacuan empat roda yang dipenuhi bom, mengakibatkan sekurangnya enam polis terbunuh dan empat lain cedera.

Taliban mendakwa, serangan sebelum subuh di wilayah Mainwand, selatan Kandahar itu bertujuan untuk memusnahkan peralatan keselamatan, selain melemahkan semangat polis dan tentera.

Jurucakap polis Kandahar Ghorzang Afridi berkata serangan itu mengakibatkan enam polis terbunuh dan empat lain cedera.

“semua mangsa adalah polis tempatan,” katanya.

“Letupan sangat kuat. Awak boleh dengar bunyi letupan itu berbatu-batu dari ibu pejabat polis,” kata seorang polis tempatan kepada AFP.

Beliau mengatakan jumlah kematian seramai lapan, dan sembilan orang cedera.

“Lapan polis terbunuh itu telah dikeluarkan dari runtuhan, dan ada lagi polis yang hilang berikutan serangan itu,” kata pegawai yang tidak mahu dinamakan itu.

Taliban telah merancakkan serangan terhadap peralatan keselamatan dengan tujuan untuk meruntuhkan moral polis dan tentera, selain mencuri peralatan unit keselamatan itu bagi memenuhi hasrat “perjuangan” 16 tahun mereka itu.

Menurut kenyataan rasmi, puak militan itu telah memiliki “berdozen” kenderaan berperisai dan juga trak pikap dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sesetengah daripada kenderaan itu telah digunakan untuk melancarkan serangan berani mati terhadap polis dan pangkalan tentera. – AFP, 22 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen