MB Kedah tak faham emosi penganut Hindu


SAYA ambil maklum setiap rumah ibadat di Malaysia perlu mendapatkan permit dan kebenaran untuk dibina. 

Dalam isu perobohan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu Kuala Kedah, ini adalah hujah utama Menteri Besar Kedah. 

Saya percaya rundingan yang teliti boleh diadakan dengan wakil kuil, supaya perobohan ini tidak kelihatan terlalu tergesa-gesa. 

Cuma, kita perlu ingat; isu-isu berkaitan rumah ibadat merupakan isu yang sensitif dan boleh membangkitkan isu perkauman. Selaku Menteri Besar, sepatutnya MB Kedah memahami kesan perobohan kuil ini terhadap emosi penganut Hindu. 

Selepas itu, beliau tanpa rasa segan silu menggunakan perumpamaan ‘minum todi’ ekoran bantahan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin MIC dan DAP terhadap isu perobohan kuil Hindu. 

Sikap seperti ini jelas tidak memberi imej seseorang yang memperjuangkan politik Islam. – 6 Disember, 2020.

*Nik Nazmi merupakan ahli Parlimen Setiawangsa

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen