Operasi menyelamat runtuhan lombong Nicaragua dihentikan 


Anggota pasukan mencari dan menyelamat menghentikan operasi dalam insiden yang berlaku di wilayah La Esperana, Nicaragua.– Gambar EPA, 6 Disember, 2020.

PIHAK berkuasa Nicaragua menghentikan operasi mencari dan menyelamat pelombong yang terperangkap dalam runtuhan lombong haram di selatan negara itu.

Dua mayat sudah dikeluarkan daripada runtuhan dan 16 lagi mangsa dilaporkan masih terperangkap dalam insiden yang berlaku di wilayah La Esperana, kira-kira 200 kilometer dari ibu negara Managua.

Dua mangsa terbabit dikebali sebagai Israel Sequeira dan Santos Herrera yang berasal dari Rio San Juan, kata pegawai penyelamat Johnny Gutierre. 

“Tiada lagi mangsa ditemukan dalam operasi yang dijalankan,” katanya. 

Agensi itu bagaimanapun tidak menyebut mengenai mangsa yang dilaporkan masih terperangkap di lombong berkenaan. 

“Adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Tenaga dan Perlombongan dan polis untuk meneruskan siasatan yang diperlukan bagi kemalangan ini,” katanya. 

Media tempatan meaporkan kira-kira tujuh hingga 18 pelombong terperangkap selepas lombong di lereng bukit itu runtuh susulan hujan lebat. – AFP, 6 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen