Pyongyang mungkin dikenakan sekatan lebih ketat


Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengundi draf resolusi yang dibentangkan oleh AS berhubung sekatan bekalan minyak ke atas Korea Utara. – Gambar AFP, 22 Disember, 2017.

MAJLIS Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) hari ini akan mengundi draf resolusi yang dibentangkan oleh Amerika Syarikat (AS) berhubung sekatan bekalan minyak ke atas Korea Utara.

Langkah menyekat bekalan minyak itu bertujuan menghalang peluasan program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

Draf itu hasil perbincangan antara AS dan China, iaitu sekutu rapat Korea Utara, susulan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) oleh Pyongyang pada 28 November.

“Proses undian dijangka diadakan pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan),” kata seorang diplomat.

Draf resolusi terbaharu itu akan mengenakan sekatan lebih ketat terhadap penghantaran minyak, termasuk minyak mentah ke Korea Utara, yang sebahagian besarnya dibekalkan oleh China. – AFP, 22 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen