Kerajaan Melayu-Islam hanya candu politik


SENARIO krisis politik lompat parti sejak Langkah Sheraton boleh disimpulkan seperti berikut.

Pertama tujuan Langkah Sheraton kononnya kerajaan Melayu Islam dengan gabungan tiga parti berteraskan segmen kaum Melayu iaitu Umno, PAS dan Bersatu.

Akhirnya, setelah sembilan bulan, kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional jatuh di Perak. Jelas, kerajaan Melayu Islam hanya candu politik parti politik korup dan gila kuasa seperti Umno, PAS dan Bersatu untuk menipu orang Melayu.

Sedangkan sepanjang sembilan bulan ini, tiada agenda Melayu Islam diangkat sebagai agenda negara atau dilluluskan di Parlimen sebagai polisi kerajaan seperti Buy Muslim First (BMF) dan rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Bagi Umno, tembolok peribadi dan kuasa politik adalah segala-galanya.

Kedua, apa yang penting bagi rakyat adalah hak dan kebajikan mereka dijaga dan kepentingan negara dipertahankan.

Melayu Islam bukan pada kulit atau nama atau slogan, tetapi pada isi, nilai dan hasil. Malangnya, Pakatan Harapan dimomokkan dengan sentimen, bukan nilainya.

Di garis penamat, rakyat akan melihat parti politik yang mempunyai nilai, berprinsip dan berintegriti untuk disokong.

Nilai kalahkan sentimen. Amanah harus bersedia memikul kelompangan ini kerana rakyat sedang mengalami krisis keyakinan terhadap parti politik. – 5 Disember, 2020.

* Faiz Fadzil ialah ahli jawatankuasa nasional Amanah.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen