BAHRAIN negara kedua selepas Britain meluluskan vaksin Covid-19 dibangunkan Pfizer-BioNTech untuk kegunaan kecemasan semalam.
Negara itu bagaimanapun tidak menyatakan bila vaksin firma Amerika Syarikat dan Jerman itu akan mula dilancarkan.
Britain pada Rabu lalu menjadi negara pertama meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 Pfizer/BioNTech, yang akan dilancarkan seawal minggu depan.
Pada November, Bahrain meluluskan vaksin dibangunkan Sinopharm dari China untuk diberi kepada petugas kesihatan.
Bahrain semalam menegaskan kelulusan kepada vaksin Pfizer/BioNTech menemuhi standard keselamatan.
Sehingga kini lebih 87,000 kes Covid-19 direkodkan di Bahrain dengan 341 kematian. – AFP, 5 Disember, 2020.
Komen