Vietnam sumbang 1,000 tan beras kepada mangsa banjir di Laos


VIETNAM menghantar 1,000 tan metrik beras dari rizab simpanan negaranya  ke wilayah Savanakhet di Laos yang dilanda bencana alam, menurut agensi berita Vietnam. 

Beras yang diangkut melalui pintu sempadan Densavane akan diserahkan kepada pihak Laos selewat-lewatnya Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja dan Kesejahteraan Sosial Wilayah, Bun Lope bagi pihak wilayah Savanakhet, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Vietnam atas sumbangan itu, yang dapat membantu meringankan kesulitan penduduk tempatan yang terjejas akibat banjir buruk. 

Bantuan itu mencerminkan semangat perpaduan antara Vietnam dan Laos, lebih-lebih lagi beberapa kawasan di Vietnam masih bergelut dengan kesan ribut dan banjir serta Covid-19, katanya.

Hujan yang berpanjangan menyebabkan banjir di lapan daerah di wilayah Savannakhet. Ia disifatkan banjir terburuk sejak 42 tahun di kawasan yang bersempadan dengan wilayah Quang Tri Vietnam. – Bernama, 3 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen