Ketua propaganda al-Qaeda terbunuh dalam serangan dron


KETUA propaganda al-Qaeda di Semenanjung Arab antara enam terbunuh dalam dua serangan dron Amerika Syarikat di Yaman, kata sumber puak berkenaan pada Khamis. 

Serangan pada Rabu itu berlaku selepas Washington mendedahkan tenteranya menjalankan lebih 120 serangan udara terhadap pejuang di Yaman tahun ini sebagai salah satu kempen panjang yang dipergiatkan sejak Presiden Donald Trump mengambil alih.

Abu Hajar al-Makki dan tiga lagi militan AQAP terbunuh apabila dron meletupkan kenderaan mereka di daerah Wadi Obeida di wilayah Marib, timur ibu negara Sanaa. 

Serangan berasingan ke atas kenderaan kedua turut menyebabkan dua lagi militan AQAP terbunuh di kawasan yang sama, tambah sumber berkenaan. 

Washington berkata serangannya menyebabkan beberapa pemimpin kanan AQAP maut sejak beberapa bulan lalu, termasuk Mujahid al-Adani, yang terbunuh pada 20 November.   

AQAP disifatkan sebagai rangkaian cawangan pejuang paling bahaya di seluruh dunia.

Kumpulan ekstremis Sunni berkembang dalam pergolakan itu hampir tiga tahun perang saudara antara kerajaan yang disokong Arab Saudi dan pemberontak Syiah yang mengawal ibu negara berkenaan.

Kebanyakan serangan udara dilancarkan menggunakan dron, tentera AS turut melancarkan serangan darat terhadap AQAP. – AFP, 21 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen