PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan pada Khamis menggesa negara ahli Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) agar tidak gentar dengan ugutan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memotong dana, ketika undian usul membantah pengiktirafan AS untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
“Saya menggesa seluruh negara di dunia, jangan gadaikan demokrasi hanya kerana balasan dolaar yang kecil,” katanya ketika berucap di Ankara.
Trump mengancam untuk memotong dana negara yang menyokong usul melalui undian pada Khamis di Perhimpunan Agung PBB.
Keputusan AS pada 6 Disember untuk mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel melanggar konsensus antarabangsa dan mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam.
Pada sesi tergempar, Perhimpunan Agung PBB akan memutuskan pada Khamis draf resolusi menegaskan bahawa isu Baitulmaqdis perlu diselesaikan menerusi rundingan dan sebarang keputusan tiada kesan perundangan dan perlu dibatalkan.
Langkah itu dihantar ke perhimpunan berkenaan selepas dia diveto oleh AS dan Majlis Keselamatan pada Isnin, walauun semua 14 negara ahli majlis membuat undian memihak.
Trump memberi amaran, Washington akan memerhati secara dekat bagaimana negara mengundi, mencadangkan bahawa terdapat juga tindakan balas terhadap negara-negara yang menyokong gerakan yang dikemukakan oleh Yaman dan Turki bagi pihak negara-negara Arab dan Muslim.
Erdogan menuduh Trump membuat ancaman.
“Bagaimana mereka memanggil Amerika? Buaian demokrasi. Buaian demokrasi ialah mencari dunia yang boleh dibeli dengan dollar,” katanya.
“Encik Trump, kamu tidka boleh beli kami dengan dollar kehendak demokratik Turki. Keputusan kami jelas,” katanya.
Erdogan berkata, beiau percaya “dunia akan memberi pengajaran kepada Amerika hari ini”. – AFP, 21 Disember, 2017.
Komen