NEGARA ahli Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu akan mengundi pada Khamis untuk usul menolak pengiktirafan Baitulmaqdis seagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat , dengan Presiden Donald Trump mengancam untuk menyekat dana kepada negara yang menyokong langkah itu.
Pada sesi tergempar, Perhimpunan Agung PBB akan menentukan draf resolusi bahawa Baitulmaqdis merupakan isu yang perlu diselesaikan menerusi rundingan dan sebarang keputusan berhubung statusnya tiada kesan perundangan dan perlu dibatalkan.
Langkah itu dibawa ke perhimpunan agung selepas ia diundi oleh Amerika Syarikat pada Majlis Keselamatan pada Isnin, walaupun 14 ahli majlis membuat undian memihak.
Status bandar suci itu merupakan isu paling memuncak dalam konflik Palestin-Israel, dengan kedua-dua pihak mendakwa ia adalah ibu negara mereka.
Keputusan Trump pada 6 Disember untuk mengiktiraf bandar itu sebagai iu negara Israel melanggar konsensus antarabangsa dan mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam.
Namun Trump memberi amaran akan memerhatikan bagaimana negara lain mengundi, mencadangkan bahawa terdapat juga tindakan balas terhadap negara-negara yang menyokong gerakan yang dikemukakan oleh Yaman dan Turki bagi pihak negara-negara Arab dan Muslim.
“Mereka mengambil ratusan juta dolar, malah berbilion dolar dan mereka mengundi menentang kami,” kata Trump di White House.
“Baiklah, kami memerhatikan undi-undi itu, biarkan mereka mengundi menentang kami, kami akan jimat banyak, kami tidak peduli.” – AFP, 21 Disember, 2017.
Komen