Doktor peribadi Maradona disiasat


Doktor peribadi Diego Maradona, Leopoldo Luque, disiasat atas dakwaan melakukan pembunuhan secara tidak sengaja.– Gambar EPA, 30 November, 2020.

DOKTOR peribadi Diego Maradona disiasat atas dakwaan melakukan pembunuhan secara tidak sengaja, empat hari selepas legenda Argentina itu meninggal dunia akibat serangan jantung, menurut pendakwa raya.

Klinik dan rumah doktor Leopoldo Luque, juga diserbu polis untuk mencari bukti kemungkinan berlakunya kecuaian.

Sumber mahkamah berkata Luque disiasat selepas tiga anak perempuan Maradona -  Dalma, Giannina and Jana - membangkitkan kebimbangan atas rawatan jantung bapa mereka di kediaman Maradona di Tigre, utara of Buenos Aires.

“Siasatan kami masih berjalan, kami menyoal siasat saksi termasuk ahli jeluarga Maradona,” kata sumber.

Luque enggan memberikan komen ketika dihubungi AFP.

Pada 12 November lalu, Luque memuat naik fotonya bersama Maradona keluar hospital, lapan hari selepas pembedahan mengeluarkan darah beku di kepala legenda bola sepak itu.

Maradona kemudian dirawat sepanjang masa di kediamannya di Tigre. Beliau meninggal dunia Rabu lalu dan dikebumikan di tanah perkuburan Jardin de Paz di pinggir Buenos Aires. – AFP, 30 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen