12 cedera, kereta rempuh pejalan kaki di Melbourne


Sebuah kereta merempuh ke arah kawasan pejalan kaki yang sedang sesak dengan orang ramai di Melbourne, menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang tercedera. – Gambar EPA, 21 Disember, 2017.

SEBUAH kereta merempuh ke arah kawasan pejalan kaki yang sedang sesak dengan orang ramai di Melbourne, bandar kedua terbesar Australia, hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang tercedera, kata pegawai rasmi.

Polis daerah Victoria berkata pihaknya menahan pemandu kereta itu selepas ia “merempuh dengan sejumlah besar pejalan kaki” dalam kejadian itu.

Paramedik merawat dan menghantar 12 mangsa ke hospital, dengan ada antara mereka yang mengalami kecederaan serius, kata Ambulans Victoria.

Sky News Australia melaporkan seorang kanak-kanak tadika mengalami kecederaan di kepalanya dibawa ke hospital.

Seorang saksi dikenali sebagai Sue memberitahu stesen radio Melbourne yang dia mendengar jeritan kuat sebelum ternampak “orang berterbangan”.

“Ada bunyi yang sangat bising, dan ketika kami melihat ke sebelah kiri, ada sebuah kereta putih, ia merempuh semua orang.

“Orang berterbangan ke sana sini. orang rama bertempiaran lari,” katanya. – AFP, 21 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen