128 penduduk dipindahkan akibat banjir di Bintulu 


Desmond Davidson

Anggota pihak berkuasa membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan di Bintulu.– Gambar The Malaysian Insight, 28 November, 2020.

KIRA-kira 128 penduduk daripada 43 keluarga dipindahkan dari kediaman mereka akibat banjir awal pagi tadi.

Mereka merupakan mangsa banjir pertama di Sarawak tahun ini dan kebanyakan mangsa adalah daripada penempatan setinggan berhampiran Sungai Plan dan Sungai Sebatang.

67 orang daripada tujuh keluarga dipindahkan dari Sungai Plan manakala 11 lagi keluarga dipindahkan dari Sg Sebatang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dihubungi sekitar pukul 1.40 pagi untuk memindahkan mangsa ke pusat pemindahan.

Mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara Stadium Muhibah.

Pusat operasi pengurusan bencana negeri menyatakan setakat pukul 10 malam tadi, pihaknya menerima 25 panggilan kecemasan dan bantuan banjir. – 28 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen