Patriot anjur semangat cinta, bersatu untuk negara


PERSATUAN Patriot Kebangsaan (Patriot) sangat terbuka dengan pandangan kami. Kami cinta dan menghargai keamanan di negara ini.

Kami veteran dan pegawai polis bersara yang memberikan sumbangan yang besar kepada keamanan hari ini. Kami pernah berjuang melawan musuh negara. Kami berkhidmat kepada Raja dan negara dengan bangga dan terhormat.

Ada di kalangan kami yang ditembak dan mengalami kecederaan. Ada juga yang dianugerahkan dengan pingat-pingat keberanian. Kami sekali-kali tidak mahu melihat politik kebencian memusnahkan negara kita yang tercinta ini.

Kenyataan media kami pada 19 Disember, 2017 pandangan yang sangat ikhlas dari hati. Ia bagi membantu mereka yang berkuasa untuk berfikir secara mendalam tentang masalah ini. Iaitu berfikir bersama-sama dengan veteran, agar satu strategi yang lebih komprehensif dapat digunakan untuk menarik bukan Melayu untuk menyertai pasukan keselamatan.

 Kami ingin menambah, sekiranya negara kita berhadapan ancaman asing yang sebenar. Kami akan menjadi orang pertama yang akan memakai pakaian seragam dan menyandang senjata untuk maju ke barisan hadapan. Kami sangat mencintai Malaysia. – 21 Disember, 2017.

* Mohd Arshad Raji ialah presiden Persatuan Patriot Kebangsaan.

* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen