Anak panda ke-17 dilahirkan di Jepun 


Ia merupakan anak panda ke-17 dilahirkan di Taman Adventure World di Wakayama, Jepun.– Gambar EPA, 23 November, 2020.

TAMAN Adventure World di Wakayama, Jepun pada Ahad menyaksikan kelahiran seekor lagi anak panda.

Anak panda ke-17 yang dilahirkan di taman itu merupakan anak kepada sepasang panda iaitu Liang Bang (ibu) dan Yong Ming (bapa), masing-masing berumur 20 dan 28 tahun.

Susulan penularan wabak Covid-19, pihak pengurusan taman itu memaklumkan ini kali pertama kakitangan pihak Jepun membantu ibu panda semasa proses melahirkan tanpa bantuan pakar dari Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu.

Liang Bang, anak panda pertama dilahirkan di Adventure World, kini mempunyai sepuluh anak.

Kerjasama penyelidikan antarabangsa untuk panda antara Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Gergasi Chengdu di barat daya China dengan taman Adventure World di wilayah Wakayama, Jepun bermula  sejak 1994. – Bernama, 23 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen