Satu pertiga belia menganggur di Sabah


Chan Kok Leong Zaim Ibrahim

Pada 2018, Sabah masih mempunyai jumlah belia menganggur paling ramai iaitu 230,457 sementara Putrajaya 623, kata Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2020.

HAMPIR satu pertiga belia yang mengganggur di negara ini berada di Sabah, kata Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican.

“Sabah ada 217,819 (30.6%) beliau dalam kategori NEET (belia tercicir daripada pekerjaan, pendidikan dan latihan formal) sementara Putrajaya hanya ada 518 beliau NEET,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata 37.4% atau 266,753 beliau NEET di seluruh negara adalah lelaki sementara 62.5% (444,897) perempuan.

Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata jumlah keseluruhan beliau NEET di negara ini pada 2016 ialah 711,650.

Pada 2018, jumlahnya meningkat 7.6% kepada 765,841, katanya.

“Pada 2018, Sabah masih mempunyai jumlah belia menganggur paling ramai iaitu 230,457 sementara Putrajaya 623,” katanya.

Paras belia perempuan yang menganggur pada 2018 ialah 61.8% (473,109).

Reezal berkata NEET merujuk kepada mereka berusia 15-24 tahun yang tidak bekerja dan tidak menyambung pelajaran. – 19 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen