222 majikan tutup perniagaan selepas dapat subsidi upah


Chan Kok Leong Zaim Ibrahim

Menurut rekod Insurans Pekerja, mereka yang hilang pekerjaan adalah dari 2,713 syarikat yang menutup perniagaan mereka pada Oktober 2020. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 November, 2020.

SERAMAI 222 majikan yang memohon Program Subsidi Upah Perkeso sudah menamatkan perniagaan mereka, kata M Saravanan.

“Menurut rekod Insurans Pekerja, mereka yang hilang pekerjaan adalah dari 2,713 syarikat yang menutup perniagaan mereka (pada Oktober 2020),” kata Menteri Sumber Manusia di Dewan Rakyat hari ini.

“Pada 11 November Perkeso menerima 388 aduan daripada pekerja mengenai majikan mereka yang menyalahgunakan skim subsidi gaji berjumlah RM20 juta.

“Perkeso akan menangguhkan pembayaran kepada majikan yang disyaki membuat tuntutan palsu atau menyalahgunakan programa subsidi upah,” katanya.

Beliau berkata Perkeso sudah mengenal pasti 156 majikan yang membuat tuntutan palsu atau menyalahgunakan program subsidi.

Katanya Perkeso sedang menyiasat 232 kes lagi.

“Perkeso merujuk lima kes kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana seorang majikan ditahan di Kedah bulan lalu.

“Perkeso juga mengenal pasti 5,537 majikan lain yang melanggar terma dan syarat program subsidi upah” katanya.

Menurutnya majikan itu telah disenarai hitam kerana tidak membayar pekerja mereka atau mencarum dalam dana Perkeso.

Menteri itu menjawab soalan Charles Santiago (Klang-PH) yang bertanya berapa ramai majikan yang menerima subsidi upah dan menutup perniagaan mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 dari Mac hingga Oktober. – 18 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen