Lundu kini berstatus zon hijau


Desmond Davidson

Sarawak hanya mereekodkan satu kes positif Covid-19 hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 17 November, 2020.

SARAWAK hanya merekodkan satu kes positif Covid-19 hari ini, membabitkan pesakit yang mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak dan sakit kepala sejak Khamis lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata pesakit lelaki berasal dari Kuching itu mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak semalam.

Pesakit mengalami jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan menjalani ujian saringan Covid-19 semalam. Keputusan mendapati pesakit berkenaan positif, tambah JPBNS.

Jawatankuasa itu berkata berdasarkan siasatan susulan, pesakit mempunyai kontak rapat dengan seorang rakan sekerjanya yang disahkan positif dua hari lalu. Mereka berdua tinggal di asrama yang disediakan syarikat.

Sementara itu, daerah Lundu kembali ke status hijau selepas tidak mencatatkan kes selama 14 hari berturut-turut. Manakala daerah Miri dan Lawas masih berstatus zon kuning.

Kuching pula kekal zon merah dengan jumlah keseluruhan 101 kes, kata JPBNS. Secara keseluruhannya, 37 daripada 40 daerah di Sarawak berada dalam zon hijau. – 17 November, 2020.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen