Hurikan Iota landa pantai Nicaragua 


HURIKAN Iota melanda pantai Caribbean, di Nicaragua yang diramal boleh mencetuskan banyak kerosakan, menurut Pusat Hurikan Negara Amerika Syarikat pada Isnin.

Dengan kelajuan angin maksimum hampir 176 kilometer sejam hurikan itu pada Isnin malam melanda timur laut Nicaragua, lapor agensi berita Xinhua.

Iota kemudian mencetuskan ribut kategori lima pada sebelah pagi sebelum beransur reda kepada kategori empat. Hurikan itu berpusat di 45 kilometer di bandar Puerto Cabezas selatan Nicaragua, juga dikenal sebagai Bilwi.

Pada awal bulan ini wilayah yang sama pernah dibadai Taufan Eta. – Bernama, 17 November, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen