KEMENTERIAN Kerja Raya sedia menerima mereka di luar sektor pembinaan yang hilang pekerjaan ketika pandemik Covid-19 ini untuk dilatih dan ditempatkan dalam sektor berkenaan menerusi sebuah program khas, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof berkata program latihan kemahiran dan penempatan pekerja melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) itu dibangunkan dengan keutamaan diberi kepada pekerja tempatan dan latihan “reskill” (latihan semula) serta “upskill” (peningkatan kemahiran) akan diberikan.
Komen