KANADA dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan sidang kemuncak menteri luar di Vancouver pada 16 Januari, termasuk duta dari Jepun dan Korea Selatan, untuk membincangkan perkembangan krisis nuklear di Korea Utara.
“Kami percaya penyelesaian diplomatik terhadap krisis itu sangat penting dan boleh dilaksanakan,” kata Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland pada sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara AS Rex Tillerson.
Tillerson berkata mesyuarat itu akan membincangkan untuk memberi lebih tekanan kepada Korea Utara supaya ke meja rundingan bagi mengakhiri program nuklearnya.
Ini termasuk langkah lain yang boleh diambil untuk memberi tekanan tambahan terhadap rejim itu.
Kumpulan yang akan ke Vancouver itu termasuk Australia, Belgium, Britain, Colombia, Ethiopia, Perancis, Greece, Luxembourg, Belanda, New Zealand, Filipina, Afrika Selatan, Thailand dan Turki. – AFP, 20 Disember, 2017.
Komen