Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia


Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman 63, meninggal dunia kerana sakit jantung petang tadi.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 November, 2020.

AHLI Parlimen Gerik Hasbullah Osman meninggal dunia kerana sakit jantung di Raub, Pahang petang tadi, lapor Bernama.

Perkara itu disahkan Adun Temenggor Salbiah Mohamed.

Salbiah berkata Hasbullah, 63, disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Raub, Pahang. 

Satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Gerik.

Kekosongan ini bermakna Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini mempunyai sokongan 112 daripada 221 ahli Parlimen.

Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi tetapi kerusi Batu Sapi juga kosong susulan kematian penyandangnya Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu. SPR menetapkan PRK Batu Sapi akan diadakan pada 5 Disember. 

Allahyarham Hasbullah dari Umno menang kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan majoriti 5,528, mengalahkan calon PAS dan Bersatu.– 16 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen