2 kenderaan terbakar di Sentul 


DUA kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran kondominium Sri Putramas, Jalan Putramas 1 di Kuala Lumpur, terbakar awal pagi tadi, dipercayai angkara perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP S Shanmugamoorthy Chinniah berkata ini berdasarkan penemuan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang mendapati kesan simbahan minyak di bahagian kenderaan selain beberapa bukti fizikal lain, disyaki digunakan dalam kejadian itu. 

“Insiden itu disedari oleh penghuni kondominium berkenaan dan menghubungi pihak polis pada kira-kira 4.38 pagi.

“Polis pada masa sama menghubungi pasukan bomba untuk membantu memadam kebakaran,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun Shanmugamoorthy berkata nombor pendaftaran kedua-dua kenderaan itu gagal dikenal pasti dan setakat tengah hari ini pemilik kenderaan terbabit juga masih belum membuat laporan polis.

Katanya siasatan dilakukan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api. – Bernama, 16 November, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen