China tekad jaga keamanan di Laut China Selatan


China akan terus bergerak seiringan dengan negara Asean dalam menjunjung kedaulatan undang-undang antarabangsa. – Gambar AFP, 15 November, 2020.

TEKAD Beijing untuk memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan tidak pernah goyah, kata Perdana Menteri Li Keqiang pada Sidang Kemuncak Asia Timur ke-15 secara maya semalam.

Tegas beliau selain menjunjung kedaulatan undang-undang antarabangsa, China akan terus bergerak seiringan dengan negara Asean dalam melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) secara menyeluruh dan berkesan termasuk rundingan Kod Tatalaku (CoC) yang berkaitan.

Mengulas mengenai kerjasama seterusnya, Li mengetengahkan tiga saranan, iaitu membentuk sinergi melawan wabak dan meningkatkan kemampuan kesihatan awam; memperkasakan penyelarasan dasar hingga menjana momentum pemulihan ekonomi; serta melaksanakan kerjasama pragmatik dan mengukuhkan keupayaan pembangunan lestari. – Bernama, 15 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen