China ucap tahniah kepada Joe Biden 


Media AS melaporkan Joe Biden memenangi pilihan raya AS menewaskan Donald Trump.– Gambar EPA, 13 November, 2020.

CHINA mengucapkan tahniah kepada Joe Biden selepas hampir seminggu diumumkan memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat. 

Hubungan China-AS semakin tegang sejak beberapa tahun lalu di bawah pentadbiran Donald Trump. 

“Kami hormati pilihan rakyat Amerika. Kami mengucapkan tahniah kepada Mr Biden dan Ms Harris,” kata jurucakap kementerian luar Wang Wenbin pada sidang media ringkas.

Wang berkata, China memahami bahawa “keputusan pilihan raya AS itu akan ditentukan mengikut prosedur dan undang-undang AS.”

China sebelum ini merupakan antara segelintir negara besar termasuk Rusia dan Mexico yang tidak mengucapkan tahniah kepada presiden yang dipilih.

Awal minggu lalu, China mengulas bahawa pihaknya “menyedari Biden mengisytiharkan beliau menang pilihan raya berkenaan.” 

Sejak media AS mengumumkan keputusan pilihan raya itu, Trump masih belum mengalah kepada Biden. 

Pentadbiran Trump selama empat tahun mencetuskan perang perdagangan dengan Beijing.

Selain itu dua kuasa besar tersebut turut saling menyalahkan berhubung penularan Covid-19, serta mengenai isu hak asasi manusia di Xinjiang dan Hong Kong. – AFP, 13 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen