Parlimen Israel sokong hubungan dengan Bahrain


Parlimen Israel semalam lulus usul untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Bahrain dengan sokongan majoriti.– Gambar AFP, 11 November, 2020.

PARLIMEN Israel semalam lulus usul untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Bahrain dengan sokongan majoriti.

Seramai 62 anggota Knesset setuju menyokong perjanjian yang diaturkan Amerika Syarikat (AS), manakala 14 menentang.

Senarai Bersama Arab menentang perjanjian tersebut selagi Israel masih menduduki wilayah Palestin sejak Perang Enam Hari Arab Israel 1967.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di televisyen semalam berkata menyelar gabungan itu, dan berkata banyak lagi perjanjian diplomatik akan dimeterai.

“Saya yakin banyak lagi negara secara rasmi akan bersama-sama berdamai,” katanya.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ogos menjadi negara Arab pertama menjalin hubungan diplomatik dengan Israel. Israel menandatangani perjanjian damai dengan Mesir pada 1979, manakala dengan Jordan pada 1994.

Perjanjian dengan UAE dan Bahrain, yang diaturkan AS itu, dimeterai di White House pada 15 September lalu.

Menteri Pertahanan Israel Gabi Ashkenazi di Knesset semalam mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran AS, Raja Bahrain Hamad bin Isa Al Khalifa dan putera mahkota.

Ashkenazi juga menzahirkan terima kasih kepada Menteri Luar Bahrain Abdullatif al-Zayani “yang akan ke Israel dalam amsa terdekat”.

Perjanjian damai itu dikecam oleh rakyat Palestin kerana melanggar dasar Liga Arab mengenai konflik Israel-Palestin. – AFP, 11 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen