Kawal GLC untuk pacu ekonomi, kata forum


Alfian Z.M. Tahir

Ketua Pegawai Eksekutif Ideas Tricia Yeoh berkata masalah bila melantik ahli politik mengetuai GLC ialah mereka buat kesilapan bagi pihak keseluruhan entiti itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2020.

SYARIKAT berkaitan kerajaan (GLC) perlu distrukturkan semula dan dikendalikan secara telus untuk memacu ekonomi, kata badan pemikir.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Tricia Yeoh proses penelitian terhadap GLC sangat sedikit, di mana ahli politik dilantik ke dalam lembaga pengarah dan mereka tidak memberikan pengawasan yang mantap.

“Masalah bila melantik ahli politik mengetuai GLC kerana mereka buat kesilapan bagi pihak keseluruhan entiti komersial itu dan kadang-kala berlaku konflik kepentingan,” kata Yeoh pada forum atas talian anjuran Institute Darul Ehsan (IDE).

“Mereka mungkin tidak menggunakan GLC itu bagi tujuan tepat dan ini akan menyebabkan disfungsi dalam cara ekonomi itu distrukturkan,” katanya pada forum bertajuk “Penstrukturan Semula Ekonomi Malaysia”.

Yeoh berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini beralih kepada menegakkan ketelusan dengan memperkenalkan Pelan Anti Rasuah Negara (NACP), menambah peranan GLC dalam ekonomi sepatutnya dinilai dan audit perlu dilaksanakan.

“Kita tidak tahu berapa banyak GLC yang ada pada masa ini termasuk di bawah Kementerian Kewangan. GLC yang tidak mencapai prestasi dan memberi tekanan kepada kewangan awam patut dimansuhkan.

“Kita juga perlu menyediakan data gaji semua pengerusi dan ahli lembaga pengarah GLC untuk meningkatkan kebertanggungjawapan awam,” katanya.

Pakar ekonomi Profesor K.S Jomo turut menekankan kepentingan “periksa dan imbang” dalam memacu ekonomi negara.

Beliau berkata sesebuah negara boleh mengemukakan pelan ekonomi yang ikhlas tetapi tanpa penilaian betul, pelan yang baik boleh jadi malapetaka.

“Kita boleh lihat di mana saja, tanpa kawalan yang betul, pelan yang baik boleh jadi tidak baik. Itu sebabnya kita perlukan periksa dan imbang. Kita maksudkan kawalan yang betul, bukan baki dalam akaun anda.

“Kalau bergantung sepenuhnya pada ‘niat baik’ itu tidak cukup bagus. Kita perlukan satu sistem untuk mengawal,” kata Jomo. – 10 November, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen