Brazil henti uji vaksin Covid-19 China


Ujian ke atas vaksin CoronaVac yang dibangunkan firma Sinovac Biotech terpaksa dihentikan ekoran kejadian serius pada 29 Oktober lalu, kata pihak berkuasa kesihatan Brazil, Anvisa.– Gambar EPA, 10 November, 2020.

BRAZIL menghentikan ujian klinikal ke atas vaksin yang dibangunkan China selepas berlaku “insiden buruk” membabitkan seorang sukarelawan.

Ujian ke atas vaksin CoronaVac yang dibangunkan firma Sinovac Biotech terpaksa dihentikan ekoran kejadian serius pada 29 Oktober lalu, kata pihak berkuasa kesihatan Brazil, Anvisa, dalam satu kenyataan semalam.

Anvisa berkata ia tidak dapat memberikan butiran terperinci mengenai kejadian tersebut atas sebab privasi.

Pengumuman dibuat pada hari sama firma farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS) Pfizer umum vaksin yang dibangunkannya didapati 90% berkesan untuk mencegah virus Covid-19.

Sinovac Biotech dan Pfizer masing-masing dalam fasa ketiga ujian vaksin mereka, iaitu fasa terakhir sebelum mendapat kelulusan pihak berkuasa. Kedua-duanya juga sedang diuji di Brazil, yang sehingga kini merekod lebih 162,000 kematian akibat Covid-19. – AFP, 10 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen