.jpg)
AKHIRNYA keputusan rasmi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 menyaksikan calon Demokrat Joe Biden menang dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi.
Kerusi terakhir dimenangi Biden adalah Pennsylvania, yang memberinya 20 undi elektoral. Apa yang menarik, Biden menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.
Sebenarnya elit Yahudi Zionislah pemenang sebenar dalam pilihan raya Amerika ini. Mungkin ramai yang akan menuduh saya percaya dengan teori konspirasi tetapi hakikatnya itulah rahsia tersembunyi yang hampir semua negara di dunia mengetahuinya.
Kedua-dua parti, sama ada Demokrat dan Repulikan sama sahaja, tunduk menyembah kepada Zionisme. Tidak akan ada calon presiden AS yang berani mengkhianati sekutu dunia akhirat mereka iaitu Israel.
Hakikat yang tidak perlu diselindung bahawa Israel adalah pemenang sebenar dalam pilihan raya presiden AS. Mereka akan tetap dengan dasar autoritarian demokrasi mengutamakan Israel yang pantang dikritik.
Bahkan di sebalik proses perjalanan pilihan raya presiden bagi kedua pihak ialah hartawan dan jutawan Yahudi yang membiayainya, dan menggesa rakan-rakan dalam kelab oligarki dan media memain peranan masing-masing.
Dua jutawan AS penyokong setia entiti haram Israel dalam pilihan raya presidan ke-46 ini dan merupakan penyumbang terbesar kepada kempen pilihan raya ialah ahli perniagaan hiburan Haim Saban (penyumbang bear kepada parti Demokratik) dan Sheldon Adelson, ahli perniagaan kasino (penyumbang kepada pihak Republikan).
Enam puluh peratus sumbangan politik kepada parti Demokrat datangnya daripada sumber Yahudi dan Saban adalah penyumbang terbesar. Beliau memegang dua kewarganegaraan, AS dan Israel.
Adelson, yang mungkin juga memiliki dua kewarganegaraan dan berkahwin dengan warga Israel, merupakan penyokong parti Republikan yang telah meyumbang lebih daripada AS$100 juta dalam pilihan raya presiden AS kali ini.
Jadi, siapakah yang sebenarnya menang dalam pilihan raya presiden AS? Bukankah Israel dan penyumbang-pemyumbang Yahudi Zionis?
Bayangkan, ketakutan bukan kepalang akan Yahudi Zionis ini bukan terbatas kepada membaca di media dalam talian, tetapi saya menyaksikan sendiri semasa menghadiri persidangan antarabangsa di sini (Malaysia) beberapa tahun lalu.
Ketika itu seorang pembentang kertas kerja, profesor kulit hitam di sebuah universiti terkemuka di AS, berasa amat takut jika sebarang komen yang dibuat berkaitan Yahudi seboleh-bolehnya tidak dikaitkan dengan beliau.
Negara kita Malaysia bebas mengkritik Israel dan Yahudi Zionis tetapi di Amerika, negara yang dikatakan memberikan kebebasan bersuara sebenarnya tidak bebas mengkritik Israel yang dianggap sebagai pantang larang atau tabu.
Tiada apa yang hendak disembunyikan kerana segala sumbangan mereka adalah telus dan kedua-dua mereka telah menyatakan secara terbuka bahawa sokongan kepada Isreal adalah keutamaan mereka.
Saban memang menyokong Biden, yang juga menyokong Israel dan jalinan hubungan beliau dengan negara Yahudi haram itu telah dibina semasa Biden menjadi naib presiden AS.
Manakala Adelson, yang menyertai tentara pada 1950-an, telah berkata beliau lebih bersedia untuk menjadi tentera Israel.
Saban dan Adelson adalah sejumlah golongan kaya yang kegiatan mereka – sokongan dalam Kongres, wang dan bantuan persenjataan – hanya untuk Israel.
Walau siapa pun yang menang, dasar AS terhadap Israel tidak akan berubah. Cuma perbezaan pendekatan dalam berhadapan dengan dunia antarabangsa.
Apakah AS akan mengambil pendekatan yang lebih adil ke atas dunia Islam misalnya, dengan kemenangan Demokrat berbanding Republikan sekarang yang amat ketara dengan dasar pro-Israel melampau itu?
Pendekatan Republikan dikatakan lebih cenderung bersifat samseng, kaki pukul. Ini dapat diperhatikan daripada dasar-dasar presiden Repulikan yang bersifat konfrontasi, suka berperang dan menakluk negara asing. Bukti-bukti daripada dasar Ronald Reagan, George Bush dan anaknya George W Bush dengan dasar perang menentang keganasan antara contohnya.
Walaupun dasar Demokrat tidak menunjukkan konfrontasi secara ketara, pelobi Israel Zionis paling ketara berpengaruh dan kedua-dua calon mesti mengungguli antara satu sama lain menunjukkan siapa yang lebih ke depan dalam menyokong Israel.
Semasa kempen pilihan raya presiden, tiada kenyataan antara kedua calon yang menginspirasikan keyakinan akan dunia yang lebih aman malah lebih memperlihatkan situasi tidak menentu.
Sejauh manakah kemenangan Biden akan membawa perubahan dalam dasar luar AS di Timur Tengah, misalnya menarik balik pengumuman Trump yang dibuat dahulu bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel?
Bagaimana dengan rancangan damai Timur Tengah Trump yang dirancang oleh menantunya, Jared Kushner itu? Dasar yang membawa Palestin ke arah kehancuran. Adakah semua ini akan berubah?
Kemenangan Biden akan memberikan kesulitan kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana sikap beliau yang lebih cenderung kepada Trump dan Repulikan daripada Demokrat dan Biden.
Nasib baik Netanyahu menang dalam pilihan raya baru-baru ini kerana kadang kala pengaruh pilihan raya AS akan mempengaruhi penduduk Isreal untuk memilih perdana menteri.
Bagaimana dengan TPP yang Trump telah membawa AS tarik diri? Adakah AS akan menyertai semula CTPP atau Kerjasama Kompresensif Trans-Pasifik (nama ganti kepada TPP atau Kerjasama Trans-Pasifik)?
Adakah AS akan bersikap diplomasi dengan China dan Rusia dan apakah pendekatan yang akan diambil? Adakah masih bermusuh dengan Iran, khususnya selepas Trump membawa AS keluar dari perjanjian Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA)?
Trump mencetus krisis dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dengan mendakwa pertubuhan itu bersikap memilih bulu, lebih cenderung kepada China yang mencetuskan krisis di peringkat antarabangsa.
Hubungan AS-China yang banyak mencetus ketegangan antarabangsa sehingga membawa kepada perang dagang dan teknologi, tentulah perubahan diplomasi dinanti-nantikan.
Banyak isu antarabangsa yang harus didepani dan dirungkaikan dalam waktu penuh pancaroba ini. Adakah AS akan mengendurkan sikap antagonisnya terhadap isu eksport minyak sawitnya dengan Felda?
Disember ini Malaysia akan menjadi tumpuan dunia sebagai hos kepada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) dan kemungkinan Biden akan menghadirinya. Dapatlah nanti kita menilai dasar-dasar AS terhadap perdagangan, ekonomi, ketenteraan atau terhadap Rusia, Timur Tengah dan China.
Rasanya tidak banyak perubahan dan pembaharuan yang akan dilakukan. AS sedang berhadapan dengan krisis ekonomi, kadar pengangguran yang agak tinggi serta wabak Covid-19 yang semakin meruncing.
Kepentingan dasar luar AS harus memastikan Israel dilindungi dan Yahudi Zionis diutamakan, bukannya mengutamakan dasar luar AS. – 10 November, 2020.
* Ismail Hashim Yahaya, pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Komputeran di Universiti Selangor (Unisel).
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen