Pence tangguh lawatan ke Asia Barat


Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence menangguhkan lawatan ke Asia Barat, ketika Senat berdepan undian cukai membabitkan Capitol Hill dan protes di rantau ini. – Gambar AFP, 19 Disember, 2017.

WHITE House mengesahkan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence menangguhkan lawatan kontroversinya ke Asia Barat, ketika Senat berdepan undian cukai membabitkan Capitol Hill dan protes di rantau ini.

Lawatan Pence ke Mesir dan Israel yang sepatutnya bermula hari ini, ditunda ke pertengahan Januari bagi membolehkan beliau terus berada di Washington jika perlu memecahkan undi di Senat berhubung pembaharuan cukai Presiden Donald Trump.

“Undian cukai masih dalam keadaan sangat baik, tetapi kami tidak mahu ambil risiko,” kata pegawai kanan pentadbiran.

Pegawai berkenaan menafikan keputusan Pence itu susulan gelombang protes ganas berikutan keputusan kontroversi Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. – AFP, 19 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen