LAPAN pelombong dibunuh dan sekurang-kurangnya tiga lagi masih hilang selepas dalam kejadian tanah runtuh di kawasan gunung berapi di Kepulauan Jawa, Indonesia, kata pegawai.
Runtuhan tanah dan batu jatuh daripada tebing Gunung Merapi di Jawa Tengah sekitar jam 10 pagi waktu tempatan, menimbus sekumpulan pelombong yang sedang bekerja.
“Tanah runtuh itu berlaku tiba-tiba dan serta merta menimbus pelombong,” kata jurucakap agensi mitigasi bencana, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan.
Ketika kejadian, hari tidak hujan tetapi tebing curam menjadikan ia mudah runtuh, kata Nugroho lagi.
Lapan pelombong pula cedera dan sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Penyelemat menggunakan jentera berat untuk mencari mereka yang terselamat, kata agensi itu.
Gunung Merapi adalah gunung berapi aktif di Jongjakarta adalah kawasan perlombongan pasir haram. Debu gunung berapi berkualiti tinggi digunakan untuk menghasilkan simen.
Kerajaan sudah berulang kali memberi amaran kepada penduduk tempatan supaya tidak melombong di kawasan itu kerana tebing curam dan hujan lebat membahayakan mereka.
Tanah runtuh biasa berlaku di Indonesia terutama pada musim tengkujuh antara Oktober dan April.
Pada November lalu, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh kerana banjir dan tanah runtuh di Pacitan, Jawa Timur. – AFP,18 Disember, 2017.
Komen