Mangsa bom atom Nagasaki kalah tuntutan pengiktirafan rasmi


Seorang lelaki sedang bertafakur di hadapan 'Peace Statue' di Nagasaki Peace Memorial Park. – Gambar AFP, 18 Disember, 2017.

MANGSA-mangsa yang terselamat dari bom atom Nagasaki pada 1945 yang berada hampir dengan sifar bumi (ground zero) tetapi di luar zon rasmi yang ditetapkan kerajaan kalah dalam perjuangan mereka untuk rasmi diiktiraf sebagai mangsa.

Menurut NHK dan seorang jurucakap mahkamah, hakim di Mahkamah Agung menolak tuntutan 387 orang yang berada dalam lingkungan 12km (7.5 batu) dari sifar sifar bumi ketika serangan yang berlaku pada Ogos 1945, tetapi di luar zon terjejas yang diiktiraf kerajaan.

Mereka yang berada dalam lingkungan 12km dari sifar bumi tetapi di luar zon tentuan kerajaan boleh menerima rawatan percuma hanya untuk penyakit mental disebabkan kejadian bom itu dan komplikasi-komplikasi yang disebabkan penyakit mental, kata pegawai pihak berkuasa Nagasaki.

Terdapat 6,278 orang berada dalam kategori ini, katanya.

Mereka yang menerima rawatan percuma ini harus menetap di Nagasaki.

“Mangsa yang diiktiraf boleh menerima rawatan percuma bagi hampir semua penyakit tidak kira di mana pun mereka tinggal,” beritahu pegawai itu lagi.

“Saya kecewa,” seorang warga emas berusia 81 tahun, yang mengetuai pihak plaintif dipetik berkata oleh NHK.

“Saya tidak tahu bagaimana nak terangkan kepada mereka yang beegelut untuk bayar yuran perubatan dan mereka yang dimasukkan ke hospital,” katanya.

Kerajaan Jepun mentakrifkan kawasan yang terjejas secara rasmi adalah berbentuk bujur dengan 7km lebar dan 12km panjang. – AFP, 18 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen