Kerajaan kaji saranan pengeluaran dana Akaun 1 KWSP, kata Muhyiddin


Kerajaan sedang kaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 KWSP, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 November, 2020.

KERAJAAN sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Saya berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1,” katanya.

Belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 November, itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Kerajaan pada tahun ini sudah melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7% daripada 11% dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.

Hampir 70% daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja kepada tujuh peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna sebanyak hampir RM700 juta sebulan. – Bernama, 4 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen