PROSEDUR operasi standard (SOP) sambutan perayaan Deepavali akan diumum minggu ini, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Katanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang memperinci draf pertama SOP berkenaan yang dibentangkan oleh Kementerian Perpaduan Negara pada Jumaat lepas.
“Saya tahu ramai yang nak balik kampung. Kalau daripada Selangor dan Wilayah Persekutuan ini PKPB (perintah kawalan pergerakan bersyarat), jadi mungkin SOP berbeza.
“Kita ada tiga kawasan sekarang ini, ada PKPD di beberapa lokaliti tertentu, ada PKPB di tiga negeri, dan PKPP di kawasan-kawasan lain.
“Jadi kita perlu lihat secara terperinci,” katanya pada sidang media hari ini.
Perayaan Deepavali tahun ini akan disambut pada 14 November. – 2 November, 2020.
Komen