957 kes baharu, cecah 32,000 jumlah keseluruhan


MALAYSIA hari ini melaporkan 957 kes baharu jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes melangkaui 32,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua 957 kes yang dilaporkan adalah kes tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan negara kepada 32,505 manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah sebanyak 10,036 kes.

Sabah berterusan menyumbang kepada peningkatan kes tertinggi dengan mencatat 644 kes baharu hari ini diikuti Selangor sebanyak 225 kes.

80 daripada kes yang dilaporkan hari ini berkaitan pusat tahanan sementara dan kluster-kluster penjara.

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan dua kes kluster baharu telah dikenal pasti di Selangor dan Pulau Pinang.

Negeri Sembilan (lapan kes), Kedah (satu), Pulau Pinang (23), Perak (lima), Melaka (satu), Terengganu (15), Labuan (18) dan Putrajaya (satu) merupakan antara negeri yang melaporkan kes baharu.

Sementara itu, seramai 972 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah pulih menjadi 22,220.

Setakat hari ini, seramai 97 pesakit telah dimasukkan ke unit rawatan rapi yang mana daripada jumlah itu 27 kes memerlukan bantuan pernafasan. – 1 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen