Kenaikan mendadak harga rumah jejas kestabilan ekonomi, kata Bank Dunia


Kenaikan harga rumah yang pesat akan mewujudkan insentif bagi pembinaan hartanah baru, sekali gus menyebabkan ledakan harga dan pelarasan mendadak terhadap kegiatan ekonomi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Disember, 2017.

KENAIKAN mendadak harga rumah sejak 2008 boleh menjadi faktor ketidakstabilan masa depan, menurut laporan terkini Pemantauan Ekonomi Malaysia, Bank Dunia.

Laporan itu berkata kenaikan harga rumah boleh mengurangkan kekangan pinjaman dan membolehkan pemilik rumah sedia ada meningkatkan penggunaan, dengan itu meningkatkan ekonomi.

“Bagaimanapun, kenaikan harga yang mendadak mewujudkan insentif bagi pembinaan hartanah baru, yang menyebabkan ledakan harga dan pelarasan mendadak terhadap kegiatan ekonomi.

“Risiko ini memerlukan pemantauan rapi, terutamanya memandangkan harga masih meningkat, walaupun pada kadar lebih rendah,” kata laporan itu, yang diterbitkan pada Khamis.

Bank Dunia berkata inflasi harga makanan yang agak tinggi beberapa tahun lalu, digabungkan dengan kenaikan kos perumahan, mempunyai kesan tidak seimbang terhadap golongan berpendapatan rendah, terutama di kawasan bandar, yang berbelanja lebih banyak terhadap kedua-dua perkara tersebut.

Kadar inflasi dijangka berada pada 3.9% bagi tahun 2017.

Ekonomi Malaysia juga terus berdepan risiko penurunan bagi pertumbuhan disebabkan hutang isi rumah dan sektor awam yang agak tinggi.

Laporan itu berkata walaupun terdapat penurunan baru-baru ini, hutang isi rumah yang tinggi di Malaysia berbanding KDNK dalam konteks ketidakseimbangan pasaran hartanah berterusan memberi risiko kepada penyelenggaraan kestabilan makroekonomi dan kewangan.

“Ini juga boleh memberi kesan ke atas penggunaan swasta jika kenaikan harga, memandangkan keadaan kewangan domestik cenderung mengetat, kesan langkah normalisasi dasar monetari Bank Negara Malaysia.

“Dari segi hutang sektor awam, ketika tahap hutang kerajaan persekutuan menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, liabiliti persekutuan kontinjen kekal tinggi, memberikan potensi sumber risiko fiskal jangka sederhana,” kata laporan itu.

Bank Dunia juga mengatakan ketidaktentuan politik berkaitan pilihan raya umum akan datang yang akan diadakan menjelang Ogos 2018, mungkin menyebabkan kemeruapan pasaran kewangan jangka pendek.

Terdapat juga peralihan yang semakin meningkat ke arah perlindungan, yang boleh memberi kesan melampau ke atas aliran perdagangan dan pelaburan global, dengan ketidakseimbangan terhadap Malaysia, berbanding tahap integrasi yang tinggi dengan ekonomi global dan pasaran kewangan.

“Di dalam membangunkan EAP (Asia-Pasifik timur), risiko geopolitik yang semakin tinggi, terutama berkaitan peningkatan ketegangan di semenanjung Korea, boleh memberi implikasi ekonomi yang teruk bagi ekonomi serantau jika ketegangan ini meningkat.”

Risiko penurunan ketara yang lain termasuk penyesuaian tidak teratur terhadap keadaan pasaran kewangan global, pertumbuhan lemah daripada jangkaan oleh rakan perdagangan utama Malaysia, termasuk China, dan/atau kemerosotan harga komoditi global serta permintaan eksport jika faktor kitaran berkurangan.

“Sebaliknya, pemulihan lebih kukuh luar jangka dalam ekonomi pasaran yang maju dan pesat mungkin membawa kepada permintaan kukuh yang berterusan bagi eksport Malaysia.” – 18 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen