AMERIKA Syarikat (AS) berjaya menguji peluru berpandu balistik Minuteman III awal hari ini.
Peluru berpandu itu dilancarkan pukul 12.27 pagi dari Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di California, terbang sejauh 6,700 kilometer merentasi Lautan Pasifik sebelum jatuh di laut dekat Kepulauan Marshall.
Ini merupakan ujian ketiga yang dirancang tahun ini tetapi tertangguh sehari ekoran cuaca buruk.
Minuteman III yang sudah berkhidmat selama 50 tahun, merupakan satu-satunya peluru berpandu permukaan ke udara dalam senjata nuklear AS sejak 2005.
Sistem pertahanan itu ditempatkan di Wyoming, North Dakota dan Montana.
Peluru berpandu berkeupayaan nuklear turut ditempatkan di kapal selam AS dan pesawat pengebom.
AS mendakwa ujian itu telah dirancang sejak berbulan lalu dan bukan bertujuan meningkatkan ketegangan antarabangsa. – AFP, 29 Oktober, 2020.
Komen