Kes Covid-19 India lepasi 8 juta


Terdapat 8,040,203 kes dan 120,527 kematian dilaporkan di seluruh negara dengan 1.3 bilion penduduk itu, menurut data terkini kerajaan. – Gambar AFP, 29 Oktober, 2020.

KES koronavius India melepasi lapan juta hari ini dan negara kedua terburuk di dunia diserang wabak itu sedang berdepan gelombang baharu pandemik.

Terdapat 8,040,203 kes dan 120,527 kematian dilaporkan di seluruh negara dengan 1.3 bilion penduduk itu, menurut data terkini kerajaan.

AS pula menyaksikan 9.1 juta kes dengan lebih 230,000 kematian.

Sejak beberapa hari lepas, India mula menunjukkan penurunan kadar kematian dan kes baharu, tetapi pihak berkuasa sedang bersedia berdepan gelombang baharu selepas Deepavali, perayaan terpenting negara itu, pada 14 November dan permulaan musim sejuk.

New Delhi melaporkan 5,000 kes baharu semalam, tertinggi sejak wabak meledak di India. Pihak berkuasa sudah memberi amaran yang jumlah kes boleh naik sehingga 10,000 kes sehari di kota itu pada gelombang baharu.

Mumbai pula yang paling teruk terjejas dengan lebih 250,000 kes dan lebih 10,000 kematian kini melaporkan sekitar 2,000 kes harian.

Perdana Menteri Narendra Modi memberi amaran yang rakyat negara itu “alpa” dalam pelaksanaan penjarakan sosial dan langkah pencegahan lain. – AFP, 29 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen