Selangor beri bantuan makanan kepada kakitangan penjara di bawah PKPD


Elill Easwaran

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berharap bantuan makanan dihharap dapat membantu meringinkan bebanan kakitangan terlibat PKPD. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Oktober, 2020.

SELANGOR akan membekalkan makanan kepada kakitangan penjara di empat kemudahan negeri ini sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), kata Menteri Besar Amirudin Shari.

“Kami berharap makanan yang diberikan setiap hari dapat meringankan beban kakitangan,” katanya hari ini selepas menghadiri satu majlis di Shah Alam.

Empat penjara di Selangor - Penjara Wanita Kajang, Penjara Kajang, Penjara Sungai Buloh dan Penjara Puncak Alam, dan kuaters kakitangan berada di bawah PKPD susulan peningkatan kes Covid-19 di kemudahan ini.

PKPD bermula dari 23 Oktober hingga 4 November.

Selain itu, lima penjara di utara juga diletakkan di bawah PKPD.

Lima daripadanya adalah Pusat Koreksional Perlis, penjara Sungai Petani, penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan penjara Tapah, serta kuarters kakitangan masing-masing.

Dalam tempoh ini, tiada pelawat dibenarkan mengunjungi tahanan.

Sementara itu, Pengarah Penjara Selangor dan Wilayah Persekutuan Sakeri Dollah berkata semua tahanan baharu di Selangor akan diasingkan di pusat kuarantin khas sebelum ditempatkan di penjara untuk mencegah penularan Covid-19.

“Pegawai penjara juga diwajibkan memakai pelitup muka ketika bertugas dan mereka juga harus melakukan imbasan di pintu masuk setiap hari sebelum memasuki premis,” katanya.

Selangor mencatatkan 125 kes Covid-19 baharu, semalam. – 28 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen