PENERBANGAN di lapangan terbang utama Israel digantung pada Ahad berikutan mogok selepas syarikat farmaseutikal gergasi Teva merancang untuk menghentikan pekerja, menurut sumber lapangan terbang berkenaan.
Pengawal trafik udara di lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv menangguhkan kesemua penerbangan selepas kesatuan sekerja Histadrut di negara itu menggesa mogok yang berlarutan sehingga empat jam.
Kebanyakan penerbangan yang dijadualkan berlepas pada pagi Ahad dijadualkan semula untuk berlepas awal menjadikan hanya tujuh penerbangan dibatalkan berikutan mogok itu, menurut sumber.
Teva akan menyebabkan 1,750 pekerja hilang sumber pencarian di Israel sebagai salah satu rancangan untuk mengurangkan 14,000 pekerja di peringkat global sejak dua tahun lalu, menurut ketua Histadrut, Avi Nissenkorn.
Industri farmaseutikal Teva merupakan pengeluar dadah generik terbesar dunia itu berkata, pengurangan pekerja itu akan dibuat dalam seluruh lembaga pengarah dan semua lokasinya. – AFP, 17 Disember, 2017.
Komen