Pentagon lulus jualan senjata AS$2.4 bilion pada Taiwan


A. Samad Said

Taiwan yang mentadbir sendiri negaranya secara demokrasi sentiasa berdepan ancaman diceroboh oleh China, di mana pemimpin China melihat Taiwan sebagai sebahagian pulau jajahannya. – Gambar fail EPA, 27 Oktober, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) meluluskan jualan sistem peluru berpandu pertahanan pantai kepada Taiwan, bernilai AS$2.4 bilion.

Langkah itu dipercayai akan menyebabkan Beijing berang, memandangkan Washington menjual senjata bernilai AS$1 bilion kepada Taiwan, minggu lalu.

Jualan sistem Harpoon itu akan membantu pertahanan dan keselamatan pembeli dan membantu dalam mengekalkan kestabilan politik, keseimbangan ketenteraan dan perkembangan di rantau berkenaan, kata Jabatan Dalam Negeri.

Urus niaga itu membabitkan 100 sistem pertahanan Harpoon (HCDS), iaitu termasuk peluru berpandu Harpoon Block II dengan jarak maksimum 125km.

Senjata itu yang dihasilkan oleh Boeing, boleh diletakkan di platform ditetapkan atau trak.

Taiwan yang mentadbir sendiri negaranya secara demokrasi sentiasa berdepan ancaman diceroboh oleh China, di mana pemimpin China melihat Taiwan sebagai sebahagian pulau jajahannya.

Beijing menambah tekanan ketenteraan dan diplomatik terhadap Taiwan sejak 2014, apabila Presiden Tsai Ing-wen yang dipilih menerusi pilihan raya, melihat Taiwan sebagai negara berdaulat dan bukan sebahagian dari China.

Jet pejuang dan bom China memasuki zon pertahanan udara Taiwan dengan lebih kerap sejak beberapa bulan ini. – AFP, 27 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen