Bursa Malaysia dibuka perlahan hari ini


Ragananthini Vethasalam

Bursa Malaysia dibuka perlahan hari ini, dalam situasi politik yang tidak pasti susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat. – Gambar fail EPA, 26 Oktober, 2020.

BURSA Malaysia dibuka perlahan hari ini, dalam situasi politik yang tidak pasti susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka 1495.56 hari ini, 0.92 mata lebih tinggi berbanding 1,494.64 ketika ditutup pada Jumaat petang.

Pada 10.07 pagi, indeks jatuh 11.34 mata atau 0.76% kepada 1483.30.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas bertemu Majis Raja-Raja Melayu semalam bertitah tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Ia kali pertama perlembagaan beraja di Malaysia menolak nasihat perdana menteri dan kini membangkitkan persoalan apa tindakan Muhyiddin Yassin selanjutnya.

Ahli Parlimen Pagoh itu dan Kabinetnya pada Jumaat bersetuju untuk mencadangkan darurat kepada Agong, bertujuan memerangi pandemik itu, tetapi ramai mendakwa ia usaha Muhyiddin mengelak undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen minggu depan. – 26 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen