Raja-Raja nasihat Agong sekat salah guna kuasa, kata Penyimpan Mohor Besar


ISU salah guna kuasa dan keadilan antara kebimbangan utama disuarakan Raja-raja Melayu kepada Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan khas hari ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Isu yang dibangkitkan itu juga membawa kepada keputusan baginda untuk menolak permohonan Perdana Muhyiddin Yassin untuk mengisytihar darurat, kata Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial juga berkata baginda turut dinasihati mengenai isu keadilan dan kebajikan rakyat dalam mempertimbangkan permohonan itu.

“Raja-raja berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan dan peranan Seri Paduka Baginda untuk mengimbanmgkan pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa.

“Raja-raja turut menegaskan pentingnya prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen diterjemahkan melalui budaya pemerintahan yang pada setia masa meluhurkan perlembagaan negara dan mendaulatkan undang-undang, dan mengutamakan kebajikan rakyat jelata,” katanya.

Syed Danial menyatakan demikian dalam satu kenyataan media berhubung pertemuan khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara petang ini. – 25 Oktober, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen