Pengasas syarikat ubat Apotex ditemui mati bersama isteri


Pengasas Apotex syarikat ubat-ubatan generik, Barry Sherman ditemui mati bersama isterinya di tingkat bawah tanah rumah mereka di Toronto, Kanada. – Gambar AFP, 17 Disember, 2017.

POLIS Kanada sedang mencari petunjuk selepas jutawan farmaseutikal dan pengasas syarikat ubat-ubatan Apotex, Barry Sherman dan isterinya ditemui mati di tingkat bawah tanah rumah mereka di Toronto, Kanada.

Pihak penyiasat mengesyaki kematian itu akibat pembunuhan-bunuh diri.

Hari ini, penyiasat masih di tempat kejadian di rumah mangsa, dengan pemeriksaan autopsi juga dijalankan bagi menentukan bagaimana pasangan itu boleh meninggal dunia.

Polis melabelkan kematian itu sebagai “meragukan” sejurus mayat mangsa ditemui, namun turut mengesahkan tiada suspek yang dicari.

Dua akhbar The Toronto Sun dan The Globe and Mail melaporkan kematian pasangan itu, yang dikenali sebagai antara paling kaya di Kanada kerana kerja-kerja amal mereka, sedang disiasat sebagai kemungkinan akibat pembunuhan-bunuh diri.

The Globe and Mail memetik sumber polis sebagai berkata yang pasangan itu dijumpai tergantung di kolam mandi bawah tanah. Teoti mengatakan pengerusi Apotex berusia 75 tahun itu membunuh dan menggantung isterinya, Honey sebelum menggantung dirinya sendiri.

Bagaimanapun, anak mereka menafikan bersi itu.

“Orang tua kami berkongsi cita rasa sama terhadap kehidupan. Komitmen mereka terhadap keluarga dan masyarakat sama sekali berlawanan dengan khabar yang diputar media mengenai kematian mereka,” kata kenyataan.

“Kami terkejut dan berfikir sangat tak bertanggungjawabnya laporan sumber polis itu terhadap media mengenai teori yang sama sekali tak boleh dipercayai oleh ahli keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan.”

Justeru, mereka menyeru untuk menyiasat secara mendalam dan intensif serta objektif, sambil mendesak media menjauhkan dari membuat sebarang laporan sehingga penyiasatan selesai.

Dalam pada itu, syarikat Apotex, yang diasas Sherman pada 1974, mengesahkan kematian itu. Media tempatan mengatakan Sherman sudah tidak kelihatan di pejabat sejak Khamis lalu.

Syarikat itu, yang mencipta nama dengan membuat ubat generik, mempunyai lebih 11,000 pekerja di seluruh dunia.

Menurut Forbes, dianggarkan Sherman mempunyai RM13 bilion ketika kematiannya, dan merupakan orang ke-12 terkaya di Kanada.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata, beliau “sedih” dengan berita itu dan memuat naik tweet mengenai “visi dan semangat” pasangan itu yang terkenal dengan sifat dermawan.

Apotex mengatakan pasangan itu telah menderma kepada pelbagai universiti, dengan berkata yayasan milik mereka telah menderma lebih daripada RM158 juta sepanjang dekad lalu. – AFP, 17 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen