LANGKAH kerajaan untuk melaksanakan darurat tidak selaras dengan isu yang dihadapi, iaitu menguruskan wabak Covid-19, kata Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini.
Presiden kumpulan anti rasuah Muhammad Mohan berkata Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri menangani situasi pandemik dengan sedikit halangan atau pengawasan daripada Parlimen.
Muhammad berkata agensi-agensi ini mempunyai kuasa penuh dan mencukupi di bawah undang-undang berkaitan untuk melakukan apa yang perlu dalam menangani krisis serta kesan Covid-19.
Oleh itu tidak ada “justifikasi undang-undang” untuk keadaan darurat yang dinyatakan di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan harus menegakkan prinsip demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang akan digantung semasa darurat nasional.
“Negara terkejut dengan laporan media berkenaan pertemuan perdana menteri bersama YDPA (Agong) untuk mengisytiharkan darurat, menggantung Parlimen dan meluluskan belanjawan negara secara sepihak,” katanya. – 25 Oktober, 2020.
MENYUSUL
Komen