Seorang warga Perancis telah memecah rekod dunia dengan belayar laju tanpa henti mengelilingi dunia secara solo selama 42 hari, 16 jam, 40 minit dan 35 saat.
Dengan itu, Francois Gabart, 34, telah memecah rekod sebelum ini oleh Thomas Coville awal enam hari dan 10 jam.
Ayah kepada dua orang ini menjadi pelayar keempat pemegang rekod dunia berlayar secara solo tanpa berhenti.
Pemegang rekod pertama ialah Francis Joyon yang menamatkan pelayaran dalam tempoh 72 hari dan 22 jam.
Tempoh pelayaran Gabart itu diumumkan oleh pemerhati daripada World Sailing Speed Council, namun keputusan akhir akan disahkan selepas semakan dibuat terhadap kotak hitam bot Gabart dan data GPS-nya.
Pelayaran Gabart dengan bot panjang 30 meter itu juga dibantu dengan cuaca yang elok sepanjang pelayarannya, terutamanya perjalanan panjang di lautan Pasifik. – AFP, 17 Disember, 2017.
Komen